Thursday, May 8, 2008

Bila hati bersuara

Hati: apa barang bermuram durja
yoebaik: ntah la, I seemed lost
Hati: nape lak sesat2 ni, nampak cam ok jek
yoebaik: kat luar nampak cam ok, dalam hati sapa yang tau
Hati: tell me about it, I know better lah
yoebaik: kalu dalam IT, ko ni ibarat apa ek
Hati: I would call myself an operating system
yoebaik: Hehe palobang?!
Hati: true enough, and the brain would be the CPU
yoebaik: mmm ok and I guess the eyes is the webcam


Hati: suit yourself, ko empunya badan
yoebaik: betul ke aku punya badan, ingatkan pinjaman
Hati: who told you so?
yoebaik: the IPS a.k.a iman
Hati: the IPS yang nak kaput tu ke, bila nak upgrade?
yoebaik: man man la, ni salah satu sebab kemuraman ni
Hati: nak aku tolong ke?
yoebaik: orang slalu cakap, ikut rasa binasa, ikut hati mati, boleh caya ke ko ni?
Hati: aku bagi pandangan, ko process la sendiri
yoebaik: aku tanya ko, ko rasa aku bahagia ke?
Hati: define bahagia. gi tanya mr google
yoebaik: apa barang, orang tanya dia, dia suh google lak
Hati: ye la ye la, penah dengar tak orang kata beauty is in the eye of the
beholder,
so sama la jugak, prosperity is in the heart of beholder.
yoebaik: Kalu camtu, ko la yang decide aku happy ke tak?
Hati: kalu orang happy kan kita selalu kata, senang Hati nampak, so aku senang,
ko
senang la
yoebaik: apa yang aku kena buat untuk menyenangkan ko?
Hati: masa takde duit, dapat duit senang la
yoebaik: nanti cukup bulan duit takde balik, susah balik? mmm lagi?
Hati: masa ada problem, ko dapat settlekan, senang la aku
yoebaik: nanti ada problem lain lak, susah balik? mmm lagi?
Hati: masa takde rumah, nanti ada rumah, senang la aku
yoebaik: nanti tiba2 rumah terbakar, susah balik? mm lagi?
Hati: masa takde family, sekarang dah ada, senang la aku?
yoebaik: nanti kalu sume dah takde, susah balik?
Hati: apa yang ko nak ni?
yoebaik: yang tadi sume tu bersifat sementara. aku nak kebahagian yang
genuine, original, kebahagian yang sejati, yang hakiki, apa suggestion
ko?

Hati: ko ingat tak khutbah jumaat masa ko pegi bercuti kat Jakarta itu hari?
yoebaik: mmm susah nak jumpa khutbah yang can go straight to the heart.
Hati: ye la, khutbah berbentuk ceramah, bukan refer text, disampaikan dengan
ikhlas
mesti la senang sampai kat aku. Macam program2 reality tv, kan
selalu dengar
comment "anda sekadar menyanyi, tapi tak sampai kepada
saya", "It's a good
performance, but I can't feel it, it just didn't work" etc.
yoebaik: pebende ko ngomel ni, cite la betul2.
Hati: imam tu cakap kat jemaah lebih kurang camni la "apakah kunci
kebahagiaan? jika
benarlah bahagia itu disandarkan pada wang dan harta
yang banyak, maka jadilah
Qarun orang yang paling bahagia dan dijadikan
contoh hingga sekarang. Tetapi
akhirnya dia dilaknat oleh Allah. jika
benarlah bahagia itu disama-ertikan
dengan mempunyai kuasa, maka orang
akan menggelar Firaun sebagai orang paling
bahagia sepanjang zaman.
Sebaliknya, dia juga dilaknat Allah. Kunci kepada
kebahagian yang hakiki
adalah dengan mendapat keredhaan Allah atas apa jua yang
dikerjakan."
yoebaik: ooo ok, sorrylah cpu slow. so itu ke jawapannya?
Hati: daaa! apola ko ni, tiap2 malam dodoi anak dengan lagu sepohon kayu, alih2
ko
yang kayu
yoebaik: pehal?
Hati: walaupun hidup seribu tahun, kalau tak sembahyang apa gunanya.
Walaupun hidup 30
tahun, kalu sume benda mengharapkan keredhaanNya,
baru la ada guna. Ko dengar
sini betul2, ko tu hamba Tuhan, takde value
bai, so act like one! apa benda yang
ko punya? Anak bini, kereta, umah,
even laptop ni sume pinjaman. Ko kejar la apa
yang patut kat dunia as long as it is halal, tapi ultimatum nya di akhirat. Alih2 esok tergolek, ko rasa ko
dah ready nak gi next phase.

yoebaik: ye lah, sume orang takut mati
Hati: ko cakap je takut, tapi tak de preparation sgt pun aku tengok. Solat jangan
tinggal, pastu translate sume keje ko buat tu jadi ibadah, barulah
bertepatan
dgn tujuan ko dijadikan.
yoebaik: ok kat mana nak start?
Hati: eden ni haa, bersihkan aku dulu, bukan tu ke ko punya azam tahun baru
aritu
yoebaik: camne tu?
Hati: Dah banyak kotoran degil kat aku ni. Ko bersihkan la sikit2 dengan
istighfar,zikir dgn nama2 Tuhan. Dulu kan selalu masa jem balik keje, ko
dengar
nasyid kat ikim.fm tu:

ubat hati ada 5 perkaranya

yang pertama baca Quran dan maknanya
yang kedua solat malam dirikanlah
yang ketiga berkumpullah dengan orang soleh
yang keempat perbanyakkan berpuasa
yang kelima zikir malam berpanjanglah
salah satunya siapa bisa menjalani
moga-moga Allah taala mencukupi.

boleh la ni guna buat panduan, jgn dok dengar jek.

Apa2 yang ko buat pun, mesti persistent. Islam kan ajar kita, sikit2 tapi selalu lebih baik dari buat banyak2 tapi jarang2.
yoebaik: pastu?
Hati: pastu bukak balik la Al-Quran yang dah berbulan2 tak bukak, bagi satu cite
politik yang ko baca, ko patut cari 3 cite yang ada ilmu, 1 ilmu dunia, 2 ilmu akhirat, ilmu tu kan makanan jiwa, jangan asyik bagi makan perut je.
yoebaik: lagi?
Hati: buat yang tu dulu, kang kita sembang lagi

yoebaik: boleh ke aku buat ni?
Hati: hidup di dunia umpama air yang melekat di hujung jari, dimana akhirat itulah lautannya, nak tanak ko kena buat, ko kan hamba.
yoebaik: kalau ko umpama OS, aku harap ko jadi yang knowledge-based nyer OS cam opensource, bukan yang money-oriented nyer
Hati: Insyallah, ko jagala aku betul2, sambil2 tu baca ni

6 comments:

Nasir said...

Lu kelakar, tapi blues. Nice food for thoughts. Keep on coming.

yoe said...

baru2 ni pena mufti pun ada cite lagi detail pasal miskin jiwa ni, moga2 kita tak termasuk dalam golongan ni

man said...

kenapa bersedih...maybe ada sesuatu nk masuk dlm jiwa...

http://keretamayat.blogspot.com/2007/04/kenapa-bersedih.html

man said...

ops...salah bg link

http://keretamayat.blogspot.com/2007/07/kenapa-hati-gelisah.html

yoe said...

terima kasih man, link yang ilmiah

Hana said...

tabik la bro..memberi keinsafan kat aku..mengingati aku yg alpa..x sia2 gua klik link ke blog lu neh...thanks bro!