Hidup kurniaan Allah. Akal kurniaan Allah. Kita pikirla sendirik!
Di akhbar baik, tv baik, blog baik, sumenya sibuk membincangkan isu penggunaan nama Allah. Nak membuat ulasan ilmiah tentang isu tersebut, jauh sekali memandangkan terhadnya ilmu di dada, namun kemampuan akal kurnian Allah membuatkan aku gembira membaca ulasan2 ilmiah di internet. Blog2 seperti Khalid Samad, Zulkifli Noordin, Dr Maza, Uztaz Zaharuddin, Ustaz Nasrudin, Faisal Tehrani etc amatlah menyegarkan untuk menghilangkan kehausan ilmu di hati. Walaupun ada yang diikuti oleh komen2 kurang ilmiah, tapi aku anggap benda tu macam habuk2 teh je la. Yang penting, isi kena ada. Kalu tak, nak baca pun malas.
Setiap benda ada hikmahnya, ada adik dan kakak bertahun tak bertegur sapa. Anak sedara kawin pun tak datang. Bila umur makin mendaki, sakit pun menjenguk usia. Hari ni dah kembali kunjung mengunjung. Orang tua sabar dan tawakkal menghadapi ujian bila nikmat kesihatan ditarik balik, anak-anak seperti aku yang terlebih risau, tapi terubat hati memikirkan hikmah dari ujian - merapatkan silaturrahim, alhamdulillah.
Berbalik kepada isu terhangat awal 2010, salah satu hikmahnya, ramai yang dok google cari pengertian Allah yang sebenar, walaupun sepatutnya sebagai seorang Islam, benda ni yang paling core kat hati tuh! Alhamdulillah syukur bagi yang mencari. Yang protest pun, protestlah, tapi janganlah takat tercegat pegang poster. Tapi, nanti katakan lah kebenaran guna Allah tu dapat ditarik balik(alhamdulillah), so what's next wahai protester-protester? Senyap balik sampai ada isu kontroversi terbaru? Sebelum Bible kat mesia tak guna nama Allah pun lagi, dah ramai muda-mudi Islam ni mesia hidup tak macam orang Islam. Nak protest bagus(kalu tak kena sembur), tapi tindakan susulan nak kena ada bai. Dok asyik protest takut orang Islam terjebak dengan dakyah kristian, tapi pada masa yang sama takde lak dihadkan hiburan or benda-benda kurang ilmiah di kalangan muda-mudi. Serbu sarang maksiat kat sini, kat sana terbukak. Serbu kat sana, kat sini dah bayar compound, bleh bukak balik. Kesian kat abang2/akak2 yang pegi serbu. Penat bai! Tapi takpelah, kalu ikhlas, bukan gaji je dapat, insyallah pahala pun lumayan. Kat tv lak, terlalu banyak hiburan tak ilmiah. Dok sebok gossip artis. Si A nak kat si B. Si B tak layan. Si A merajuk kat si C. Si b jeles. Me-nyamp-pah. Si-ti jugak bagus sket dah start pakai tudung separa. Adalah perubahan positif. Best gak membebel ni kan, no wonder la pompuan suka. Macam2 cadangan boleh diusulkan, tapi eloklah aku baiki diri aku. Pastu keluarga dan seterusnya masyarakat.
Oleh itu, berpandukan tema "Hidup di dunia adalah titisan di hujung jari, di mana akhirat itulah lautan", azam tahun baru(azam lama ni actually),:
1. Aku nak selalu gi semayang kat surau sambil dengar majlis ilmu
2. Aku nak banyakkan baca Al-Quran
3. Aku nak kutip ilmu di mana saja, (by the way, Halaqah lepas, ustaz tu bitau suruh amalkan dua Sod, Sobar and Solat)
4. Nak merasa dok rumah sendiri
5. Akan ditambah, bila dah boleh istaqamah dgn yang di atas,
Sahabat yang baik, adalah sahabat yang menegur bila kita lakukan kesilapan. Oleh itu, aku menyeru, debiklah aku wahai sahabat2 sekalian sekiranya korang nampak aku buat silap dalam hidup beragama.
Ya Allah, cukuplah bagiku ya Allah(yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Dia, kepadaNya aku berserah diri, dan Dialah Yang Mempunyai Arasy Yang Besar.
Monday, January 4, 2010
Azam tahun baru
Posted by yoe at 1/04/2010 01:54:00 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment